Ahad, 23 November 2008

mm.. mesyuarat dah abis dah..

mesyuarat kali ini telah membincangkan mengenai penambah baikkan perjalanan perpustakaan desa PNM yang merangkumi :-
-daripada sistem fail, inventori/stok,perkhidmatan perpustakaan dan lain-lain
hal ini dapat meningkatkan lagi produktiviti serta melancarkan kerja-kerja mengurus perpustakaan desa serta memberi perkhidmatan yang cekap kepada pengguna.

Khamis, 20 November 2008

stok buku baru..

Hari ini pd kg tradisi telah menerima stok buku yang di hantar oleh Perpustakaan Negara Malaysia ( PNM ). Stok ini merangkumi bahan-bahan ilmiah, novel, buku-buku cerita kanak-kanak.
Penambahan ini dapat menambah koleksi bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan.Ini menjadikan semua bahan bacaan kini mencecah hampir 5500 naskah buku, termasuk hadiah-hadiah, majalah serta buku.
Jumlah yang baru di terima : 487 naskah ( 20 november 2008 )
Jumlah sedia ada : 4879
( tidak termasuk majalah, aktikal pilihan, akhbar )

info penting..

Mesyuarat Penyelarasan Perpustakaan Desa Bil.2/2008
Tempat : Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
Masa : 10.00 pagi
Tarikh : 23 November 2008



p/s :
mesyuarat ini untuk Pegawai Perpustakaan Negeri dengan penolong pegawai & pembantu ( yang tiada penolong Pegawai ) perpustakaan desa PNM negeri Kedah Sahaja..








Isnin, 17 November 2008

info Perpustakaan

INFO :

MAJLIS PERASMIAN PESTA BUKU KEDAH 2008
&
PELANCARAN KEMBARA ILMU BERSAMA CELCOM
Tarikh :
29 November 2008 ( Sabtu )
Masa :
10.00 Pagi
Tempat :
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah

Ahad, 16 November 2008

isu semasa


info hati-hati di jalan raya..


Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!

Nie, aku ada dengar satu cerita. nak kata baru tu tak jugak lah.
cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati
walau dimana kita berada.

kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan
(bukan nama sebenar) sedang memandu di lebuhraya kesas dekat plaza
tol puchong menuju ke kajang 23 disember 2007 lalu lebih kurang
jam 11 malam.
dia bersama isterinya Tipa (juga bukan nama sebenar), pulang dari
makan malam di rumah adiknya di bandar sunway.

kemudian, sebuah motosikal memotongnya .... si pembonceng
tiba tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan
(windscreen) kereta Mat Hassan. habis kotor cermin tu,
sampai susah nak tengok depan.

mat hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. apalagi terus
hilang pandangan hadapan!! langsung tak nampak apa-apa.
mana taknya, telur tu bila diratakan dgn bilah wiper, makin
memutih la kat atas cermin tu dgn sebati dan sekata lagi....

terus mat hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan, dia pun
keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je
dalam kereta.

tiba tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat hassan
3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke ara mat hassan
dgn pedang samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh
diaorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

nasib baik laa.. nak jadikan cerita. mat hassan ni polis.
Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). terus dia
keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan
amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk
macam orang gila, kedalam kereta dan terus blah,
dengan lajunya, dgn tak bagi isyaratnya.. ..

Mat hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat...
KEsan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai
di lebuhraya. mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan
- lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama kena ingat. Bila perkara sebegini
berlaku kepada anda, pastikan.

1. Jangan sesekali tarik spray wiper,
2. Teruskan memandu dgn apa jua keadaan pun, ke mana mana
stesen minyak, balai polis, 7-eleven, atau mana sahaja tempat
tumpuan orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan
rakan-rakan pandulah dengan selamat. wallahu a'lam.

p/s. kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ini.
kita akan jadi lebih berhati hati.. bila perkara yang seumpama
ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan
jadi lebih proaktif dan berkesan.
sumber
Syuhaidah Mohammad syuhaidah_7@yahoo.com

Jumaat, 14 November 2008

selamat jalan....

pada tarikh 13 November 2008 ,penolong Pegawai Perpustakaan Desa kampung Tradisi ( cik Marsila bt Ahmad ) telah meletakkan jawatannya berkuat kuasa pada 16 November 2008 bagi menjawat jawatan tetap di bawah Perpustakaan negara Malaysia sebagai Pustakawan ( S41 ).
Bagi pihak Perpustakaan Desa kampung Tradisi,Saya mengucapkan ribuan Terima kasih atas segala komitmen serta tugasan yang dilakukan di Perpustakaan ini dari 5 mei 2008 sehingga 15 November 2008.
dan tidak lupa juga Sekalung ucapan tahniah atas pelantikan saudari sebagai pustakawan di PNM....
akhir kata :
"tuai padi antara nampak,
esok jangan layu2an;
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu2an "..

AJK Perpustakaan


INFO

bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai perpustakaan ini menerusi foto sila layai :
http://www.friendster.com/pdkampungtradisi

p/s : untuk melihat, anda di kehendaki menggunakan id friendster anda dan "add" menrusi email :
pd.kampungtradisi@yahoo.com

@tau

http://www.flickr.com/photos/pdkampungtradisi

Sejarah kampung Tradisi Lembah Keriang


Perkampungan Terancang


Kampung Tradisi Lembah Keriang merupakan salah satu kampung di dalam Mukim Temin di dalam daerah Kubang Pasu dan terletak hampir tiga kilometer dari Changlun. Wujudnya kampung ini berasal dari buah fikiran Tun Dr. Mahathir Muhamad, Perdana Menteri Malaysia terdahulu. Kampung Tradisi terletak di pinggir lebuhraya ke UUM Sintok yang dahulu ianya adalah kawasan ladang getah. Tanah asal perkampungan ini adalah merupakan hak milik kerajaan negeri Kedah yang dikhususkan untuk tanah ragut bagi haiwan seperti lembu, kambing dan sebagainya.Menurut penduduk asal perkampungan sekitar, “Lembah Keriang” adalah lokasi di mana masyarakatnya hidup di lereng-lereng sungai dan lembah dengan mengamalkan cara hidup mengikut adat resam dan tradisi nenek moyang mereka dan nama tersebut kekal sehingga sekarang. Idea penubuhan Kampung Tradisi Lembah Keriang dicetuskan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, Ahli Parlimen Kubang Pasu pada ketika itu. Kampung Tradisi Lembah Keriang merupakan sebuah perkampungan tersusun yang berkonsepkan rumah tradisional lama. Perkampungan Tradisi Lembah Keriang ini dibuka pada September tahun 2003. Keluasan Kampung Tradisi Lembah Keriang adalah 60 ekar dan mempunyai 191 buah rumah serta 14 buah kedai yang dihuni oleh lebih kurang 800 orang penduduk.

Khamis, 13 November 2008

logo

Rasional Logo
rekabentuk logo ini menggunakan motif bulatan yang memberi simbol kepada figura manusia yang sedang memegang buku dengan formasi seakan-akan huruf " C " sebagai tangan dan bulatan di tengah sebagai kepala. formasi ini di lihat daripada pandangan atas " top view " . Aksi figura yang sedang membaca ini memberi signifikasi kepada perpustakaan dan aktiviti membaca.
Dua elemen grafik yang menyerupai motifdaun pisang dan daun kelapa memberi signifikasi kepada tumbuh2an yang selalunya terdapat di desa atau di kampung. Secara kesimpulannya rekabentuk logo ini memberi maksud individu, intitusi keluarga @ orang persorangan juga boleh mendapatkan perkhidmatan dari perpustakaan dan mendapatkan bahan2 pembacaan walaupun golongan2 ini tinggal di desa @ di kampung. Sejajar dengan nama perpustakaan ini juga yang di panggil sebagai " Perpustakaan Desa "

warna yang digunakan mengambil warna kontemporari:

hijau : warna kesegaran & alam semula jadi

Kuning : melambangkan kedaulatan undang2 dan kehormatan

biru : perpaduan & ukhwah

menberi kesinabungan kepada Perpustakaan sebagai gedung ilmu di mana ia juga merupakan tempat pertembungan budaya pelbagai kaum,bangsa dan agama yang menggunakan perkhidmatan perpustakaan ini sebagai tempat untuk mentelaah dan bertukar-tukar fikiran dan pendapat, tidak kira ia wujud di desa atau di bandar amnya.


plan ke Perpustakaan Desa kampung Tradisi


pengenalan


perpustakaan desa adalah sebuah perpustakaan kecil yang di tempatkan di sesuatu kawasan yang mempunyai ramai penduduk.

Tujuan penubuhan perpustakaan adalah untukmemudahkan masyarakat sekeliling menikmati kemudahan pembacaan walaupun jauh dari pusat bandar.

sejarah blog

blog ini telah dibuat oleh petugas perpustakaan desa kampung tradisi adalah untuk menyampaikan maklumat serta pelbagai infomasi terkini.
blog ini juga adalah salah satu wadah untuk mempromosikan perpustakaan desa kampung tradisi bagi tujuan menarik lebih ramai pengunjung serta menambah keahlian perpustakan ini.