Jumaat, 14 November 2008

Sejarah kampung Tradisi Lembah Keriang


Perkampungan Terancang


Kampung Tradisi Lembah Keriang merupakan salah satu kampung di dalam Mukim Temin di dalam daerah Kubang Pasu dan terletak hampir tiga kilometer dari Changlun. Wujudnya kampung ini berasal dari buah fikiran Tun Dr. Mahathir Muhamad, Perdana Menteri Malaysia terdahulu. Kampung Tradisi terletak di pinggir lebuhraya ke UUM Sintok yang dahulu ianya adalah kawasan ladang getah. Tanah asal perkampungan ini adalah merupakan hak milik kerajaan negeri Kedah yang dikhususkan untuk tanah ragut bagi haiwan seperti lembu, kambing dan sebagainya.Menurut penduduk asal perkampungan sekitar, “Lembah Keriang” adalah lokasi di mana masyarakatnya hidup di lereng-lereng sungai dan lembah dengan mengamalkan cara hidup mengikut adat resam dan tradisi nenek moyang mereka dan nama tersebut kekal sehingga sekarang. Idea penubuhan Kampung Tradisi Lembah Keriang dicetuskan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, Ahli Parlimen Kubang Pasu pada ketika itu. Kampung Tradisi Lembah Keriang merupakan sebuah perkampungan tersusun yang berkonsepkan rumah tradisional lama. Perkampungan Tradisi Lembah Keriang ini dibuka pada September tahun 2003. Keluasan Kampung Tradisi Lembah Keriang adalah 60 ekar dan mempunyai 191 buah rumah serta 14 buah kedai yang dihuni oleh lebih kurang 800 orang penduduk.

Tiada ulasan: