Isnin, 12 Januari 2009

Penolong Pegawai baru PD Kg. Tradisi Lembah Keriang..

Pada tanggal 13 Nov 2008, Penolong Pegwai pada masa itu adalah Cik Marsila telah bertukar tempat kerja ke Perpustakaan Negara Malaysia, bermula sejak itu Perpustakaan Desa Kampung Tradisi Lembah Keriang tiada penolong pegawai.
Dan pada tanggal 11 Januari 2009 barulah seorang Penolong Pegawai di tempatkan di Perpustakaan Desa Kampung Tradisi Lembah Keriang bagi mengantikan Cik Marsila.
Puan Rozita adalah Penolong Pegawai Perpustakaan Desa Taman Cempaka, Serdang, Bandar Bahru sebelum bertukar ke Perpustakaan Desa ini.
Apapun diucapkan Selamat Datang dan selamat bertugas di Perpustakaan Desa ini.....

Tiada ulasan: